Friday, November 28

the three mancis ke kiter

3 siblings. Huh. 2 adik yg lelaki yg tak berapa kecik tak berapa besar. Yang kadang kadang rasa macam ada 5 lelaki 5 perempuan adik beradik dalam rumah ni. Kalau gaduh plak macam ada bela gorilla nak beranak kembar 6 punya kecoh

Dari kecik sampai beso gaduh. From the biggest thing sampailah benda yg sebesar atom.

Busy growing up. Selalu bincang pasal masalah dgn sempoinya pada tempat atau waktu yg tak kena langsung masanya utk berbincang

"Weh pasni kita kena cakap guna nama ah nak tak"

"Ok ok kak bibi setuju. Bi nak panggil aleeah boleh tak?"

"Otakau aku kakak, ko kene panggil kakak. Man, nnt aku panggil guna nama. Aiman, Aiman nak makan apa kakak taknak aiman punya hahahahaaa cantek"

"Errrr. -_-"(reaksi aiman yg tak berperasaan cambiasa)

"Ha ko nuar sampai bila nak org panggil ko baby. Cuba biasakan diri nuar. Kakak , nuar nak blablabla gitu ah"

"Eeee macam pelik je. Ha bi nak panggil kakak , aleeah. Aleeah aleeah"

"Woii takleh. Sukati ko ah nnt masuk u org panggil baby padan muka"

Dan teruskan makan dan makan. Tolonglah jadi anak yg berguna sket jantan jantan ni

Tuesday, November 25

I do received

I do react

I just didn't pop out

That's it.

Okay?
Okay then.

Friday, November 14

cuceng cuceng mihao

hahaha dah TIGA kali natey ni melepas kat selimut guee. apasaii mu nii. dah kena babap tadi padan muka. pastu tau plak majok. bior bior.

hahaha. haih la kucing. nasib sayang.
jaga kucing ni macam jaga anak gak ah kot (aku rasalah. bukan ada anak pun. anak kucing ada)

takdelah hangen mana bila tau dia kecelaruan tempat melepas kat selimut aku tu cumanya yang malas nanti bila abah dah bersuara haaaaa. baik baik ok je basuh apa sume kang hangen zruupp datang kang hahaha.

sabo jela wei. moga apa yang kau buat ni nanti dapat buat saham sikit kat akhirat.

namanya kucing. apalah dia tau. kau bebel lah cemana sekali pun. kalau kau tak ajar dengan betul takdenye jalan. dannn amatlah besar kemungkinan masa kau membebel kat dia 86.52% kau akan kena ignore.

macam aku selalu buat T-T

tapinya memang betul kalau kita bela binatang, boleh jadi salah satu terapi stress. aku ada terbaca bila kita usap bulu kucing ni nanti hormon apentah meningkat yang dapat meredakan dan merelekskan otak. betul betul.

si Lilo ni kekadang gila gak melompat lompat time nak tido. waktu aktif terkezut dia time pukul 10-12 gitu. bayangkan dia melompat menyenget meremang bulu ekor atas katil aku, hahahahah tergelak memalam buta. semalam dia melompat lompat last last terselit celah katil hahahahahaha
 aduii lilo lilo

seww bark

stalk ig fynn jamal nampak video yg juna cium dia tu. hahah.
austism ni biasanya dia taktau how to show their love towards someone.
sebab aku ada sepupu autism aku taulah sesikit budak austism ni dia cemana.
diorang memang akan menjurus ke satu bidang shj. kalau kena didikannya memang akan tiptop masa depan in shaa Allah. 

pastu bukak youtube boleh plak lah cemana ternampak acc trihadzir, suami fynn jamal. tajuknya "juna cabut wayar". hahaha. 

baby kot.
lobang lobang kot peyot ngan dada dia.
fynn tak melalak pun, kental gila kot.
juna tak nanges tapi suara dia tahan sakit.
perghhh mashaAllah mashaAllah



terus semua video pasal juna dari sebelum dia kena operate sampai dah bertatih dah TERtengok

hahaha. aku tak reti nak tayang kehidupan aku kat org like some other people (like fynn) do. usually i'll choose. aku akan pilih orang orang nya. dan cerita nya juga aku akan pilih ikut kesesuaian dan kepercayaan aku pada seseorang itu. ahaaaa hahaha. 

buat masa ni takdelah lagi yang betul betul tau. yang hampir tau ada. yang tau tapi dia tau lain ada. yang taktau tapi buat buat tau ada.

sebab diri aku sendiri pun aku tak pecaye 100% lagi nak cayekan orang lain? hahaha



Wednesday, November 12

kau tahu tak

Nak tau?
Sebenarnya ada benda yang kita tahu tapi buat buat taktahu. Banyak benda yang kita sedar tapi buat buat tak sedar

Pengorbanan tu bukan benda sebarang. Pengorbanan yang utama pada ibu ayah. Sebab diorang sendiri dah berkorban utk kita. Bersyukur lah kau jadi orang kebanyakan yg kurang harta dari kasih. Daripada si kaya , kaya wang semata. Takmampu membeli kasih ibu bapa. Kaya wang semata, takmampu membeli anak yang mendengar kata. Tak mampu membeli tiket terus ke syurga tanpa usaha.

Kau tahu?
Time kau tengah mengeluh ada orang yang tengah bersyukur pada benda yg lagi teruk dari apa yg kau keluhkan.

Kat sini nak guna ayat clishe ah sikit
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"


Ahh biar ah clishe ke apa dah sah sah benda tu betul

Contohnya kau gaduh ngan kucing kat tepi jalan. Sebelum kau lintas kucing tu cakor kau pastu curik sate kau yg terbocor sikit sbb terkene batang lidi pakcik tu tajam. Kau pun kejar kucing tu memaki hamun sbb sate hasil kau main kutu
Dirembat begitu saja. Takjadi kau melintas, kau kejar kucing tu\ kalau mmg kau jenis penyabor kau bior je dan uruskan luka kat tangan darah leleh leleh yg kene cakor tadi dgn membeli tisu kat sorang peminta sedekah yg jual tisu blakang kau jauh sikit. Ngam ngam kau pegi kejar/ beli tisu tu, ada kereta terlanggor tiang lampu tempat kau berdiri sandor beberapa saat sebelum tu.

Tu contoh. Sebab tu kata semua benda jadi ada hikmah. Takyah marah pakciktu sbb lupa tumpulkan lidi sate sbb kalau plastik sate tu tok bocor kucing kebuluran tu tak bau sate tu. Takyah maki kucing tu sbb kalau kucing tu tak curi tok cakar kau tak kejar/beli tisu.curik satu bungkus kot, kau plak tak makan tengah hari   rancangnya nak diet tapi biasalah janji melayu ni kekadang capati sikit. Kejor ah hahahah. Tapi kalau fikir balik, bila kau kejar nnt makin lapo ah penat. (K dah melalut sikit)



Semuanya berbalik pada Allah. Allah yang Maha Mengetahui. Maha Bijaksana
Tak tercapai dek akal. Bersyukurlah. Bersangka baiklah.

Tujuan aku senanya nak kata benda yg takde kaitan ngn penerangan panjang labor tu. Gin I, tawakal tu satu set ngan usaha. Usaha dulu baru tawakal. Jadinya tahun depan spm kena sedokan diri. Sebab perbelanjaan utk aku belajar mmg dh tersedia. Kau sanggup tengok orang orang tua kau pening pale nak sambungkan kau study kat mana kalau spm kecundang?
Yang penting, kau sanggup jawab apa je kat Allah nnt kalau kau jumpa Dia nntpastu Dia tanya pasal tanggungjawab. Tanggungjawab untuk belajar. Tanggungjawab kat makbapak.

Bila kau rasa nak putus asa, kau baca balik bende ni Aleeah.

Thursday, November 6

Saya melangkah ke sekolah sebagai seorang pelajar. Menduduki peperiksaan akhir tahun bagaikan murid yang baru tahu erti sekolah? seperti ana khayalan yang baru sedar yg ana ni berkhayal. Ana sedar yang ana ni aleeah.
 lol.

Tadi balik dengan senyuman. Kerana apa? Kerana suka hati saya LAA
Berlawan senyuman dengan terik matahari untuk melihat siapa yang paling HOT dan dapat mencairkan hati... PHUIIII !!

Dan lah semasa melintasi ramailah kereta nya lalu terserempaklah pula dua berbasikal anak muda merah berbaju bak air botol dipakai topilah pelindung sinaran.

Ayat atas tadi tu contoh ayat dalam cerita dongeng kat komsas selalu.

Sengaja dia kuatkan suara "dik, untung kita ada basikal dik, kau nak balik jalan kaki? Taknak kan? Haaa.........blablabla" katanya panda adiknya barangkali

Eyyyyyyyyy kuajakkk kalau aku waichakk ko kat situ tadiii fixi mu di kepala

Hahaha. Spoil gua tengah berangan balik tadi fikir apesal pompuan suka bawak handbag bukannya slingbag atau bagpack.

Selama aku balik jalan kaki ni aku takpenah lah plak melencong arah lain. Memang balik balik jalan TUU jugak yg aku lalu smbil menyepak menyepak batu jalanan.

Takpe nnt satu hari aku melencong jap, melencong ke mana?
Hahaaa kalau ada motor kan best
Agak agak sebelum balik tu singgah beli ABC ke apa pergh kawww balik kenyang.

Huiii berangannya

Tuesday, October 28

esok periksa tapi malas

hai esok periksa agama.
hai aku belum tido.
hai aku salah tulis nama watak dalam exam bi tadi, patutnya armstrong tapi aku tulis armand. (facepalm)
hai bi kalini susah, taktaulah susah ataupun aku takde idea ataupun sbb aku minum air banyak sgt pastu asek nak g tandas je tapi terpakse tahan sbb ramai sgt g tandas tadi pastu masa aku betul-betul nak pegi dah 30 minit masa terakhir takboleh keluar dari dewan.
hai, hak ah kitorang periksa dalam dewan sampai esok(sahaja). nyampah. pastu khamis gerak masuk kelas semula sbb nak guna utk spm pulak (apakahhhh)
hai itew selalu jadi bini james bond (hahahahaha)
hai saya aleeah. satu je nak cakap, jangan tinggal solat. walau sibuk mana pun kau, dimana pun kau, jangan. dont chu dareeee bak kate omputeh. gituw

bye

Friday, October 3

raya. rindu (II)

arwah nenek. kenapa tiba-tiba nak cakap pasal arwah nenek? sebab dah nak raya haji dan tadi tengok gambar ternampak gambar nenek :)

nenek, nenek tak sempat pun nak nengok aleeah masa pmr kan? :)
even tanya "eya tadi periksa ok tak?" pun tak sempat
nenek suka bagi duit. masa hari jadi bagi duit, masa periksa besar bagi duit, masa raya lagilah bagi duit. walaupun datang bertandang sekejap pun tetap bagi duit. paling-paling mesti nenek bagi 2 ringgit selit kat tangan (sama je macam semua orang punya nenek aku rasa. bagi duit)

tak kisah langsung aku pada duitnya. bukan duit tu yang buat aku gembira biasanya, tapi sebab aku nampak dia gembira sangat bila nak bagi kitorang(sepupu) benda(hadiah,duit,jajan). sebab tu aku jadi gembira kot.

nenek yang suka senyum :D walaupun selalu nenek malas nak pakai gigi palsu , tetap comel. suka nengok nenek kunyah makanan guna gusi XD macam comel sangat hahaha

.....nenek, pmr aleeah tak dapat semua A...
tapi nenek apa kesah, nenek mesti nak bagi jugak duit kan? tetap nak cakap tahniah, sebab nenek tak pandang semua tu kan nenek.nenek cuma pesan belajar rajin-rajin tapi nenek tak harap pun cucu jadi eistein kan? tapi kalini tak sempat nak dengar "tahniah" tu.

setiap hari ahad dulu, nanti nenek duduk rumah kitorang. nenek suka tido tempat sejuk. selimutkan pun taknak.

raya masetu kan nek, hambar. masetu nak p salam nenek cakap selamat hari raya. tapi terlupa. dah takde. aleeah cari (dengan mata, rumah tu boleh diperhati dengan mata tanpa buat gerakan badan), tak ada.

"ammy tengok apatu ammy"

"tu nenek, nenek kat belakang kerusi"

Allahu...





raya. rindu (I)


nenek. mak abah. lepas suami nenek meninggal(tokki), nenek duduk dengan long dekat bp. (dulu duduk perling dengan tokki, so kampung i kat perling dulu) (not so kampung) (tapi tangga rumah tu kayu, naiss) (jarang naik atas sebab takut sebab ada satu bilik je tapi comel) (ada playground kat blakang rumah) (maigad gelongsor playground tu guna sepapan kayu je ngeri tak uolsss)

k


nak cakap dengan nenek :)
aaaa(apsal nak nangis poyo tak baik tau nangis kenang orang dah takde k takyah nangis lah kite enjoy!)

-dalam kelas tengah kemas meja-
*riuh "aleeah!" *tak dengar *riuh
"mana aleeah? panggil aleeah" (lol padahal aku bebetul depan cikgu, cikgu ni choyy)(haa depan2 pun tak dengar orang panggil, boleh bayangkan tak riuhnya cemana"

"haa ye ye cikgu kenapa?"

"haa ni pun awak. kemas barang awak pergi pejabat sekarang?"

"sekarang? eh kenapa cikgu?"

"taktaulah saya *tengokphone ada kematian"

"haaa.. okay okay" (maseni blur, tak fikir apape. cuma rasa best sebab dapat balik awal dari orang lain) *kemasbarang *mereka masih susun meja

"hahaaaa okay bye uolsss!!"

"eh aleeah nak pegi mana woi" *tak pasti siapa yg cakap, jeritan dari tingkap beramai-ramai

teruskan berjalan

"eh abah ha nape" (harini hari apa pakai baju melayu) (mata merah demam ke)

"jom. nenek meninggal.."

*haa *diam

dengan baju pj, tudung sekolah. dan selipar, sebab mama bawakkan. macam tak percaya. semua orang dekat situ. ada langsir putih menutup satu ruang. banyak selipar depan pagar (mcm selalu org jual kat uptown)

masuk dalam semua tanya "eh baru balik sekolah?" (clishe sangat soalan. Malaysian like to state the
obvious)

sebujur.tengah rumah. berseri :) syukur. air muka dia tenang sangat. tersenyum :)

mummy suruh jahit tepi kain kapan sebab nak buat isi apentah lupa. ok jahit jahit tak sia-sia amek ERT.

luqman(sepupu. anak cik ipin iaitu abang abah yg ke-2) and the gang datang. nangis. 5 adik-beradik dia semua lelaki nangis

paling sedih nina(sepupu. anak cik alim ,abang abah nombor 1). ni pulak 5 org adik beradik 4 perempuan 1 lelaki. diorang taksempat datang utk tengok arwah. diorang sampai masa dah kebumi. sebab dari terengganu. diorang suruh tanam je dulu sebab dah lewat sangat kalau nak tunggu diorang sampai. lagi banyak nangis.

dan ye, aku sorang je taknak nangis. bukan ego,bukan. cuma taknak. aku nak biar dia pergi dengan tenang. takut kalau aku nangis layankan perasaan nanti hati aku tak redha sedangkan dia milik Allah, sukahati Allah lah nak amek dia bila-bila masa pun, sukahati Allah lah nak amek aku, kau semuaorang bila-bila masa pun. sebabtu aku tak nangis. tahan. senyum je. buat pertama kali aku senyum sepanjang hari. (sebab aku bukan jenis suka senyum selagi orang tak senyum kat aku)









\

Wednesday, October 1

love

cause mama,i will always love you because of Allah
eventho i didnt show it through my words (cause u know i wont hahah)(but i did show it through our girl's hugs or whtsoever bcause youre my bae! baebehh!)
my mom, my querida, my love.
your tummy, the place i'd lived for 9 months, and giving birth
throughout the pain, Allahuakbar.


and abah, my wali, my deffender, my dad.
loving you frm the deep deeeep heart. cant even see it with microscrope pendekatan kuasa 1234567890 billion sekalipun.
but it's there. will always be there, deep down there.
never'll show up. im sorry fr who i am
it takes time
slowly
to show
maybe i'll became the best daughter in the world when i grow up,
taking a good care of you and mom

but as if my age didnt reach there,
as if Allah had taken me before He had taken away you guys

........

:-)